Wednesday, June 27, 2007

Sivaji


lepas kempunan nak tegok citer ni kat JJ balakong, semalam Remo semangat ajak semua org g midvalee.

aku lah mangsa itu. pegi awal beli teket sbb aku coti. Hmmm pegi jer lah. show kol 8, aku g kol 6. again, mamat kaunter tu kata sivaji Full. so aku tension sangat. penat tau meredah jem kl waktu petang. tapi demi memuaskan nafsu Remo, aku tunggu jugak sampai kol 7.30, tiket release. aku Q blkang meenachi verangans. blakang aku ader beberapa meenachi kamfungs. kami semua Q tapi bagi orang lain jalan dulu. sbb nak tunggu yang release. kekekeke

dah 7.30 aku perasan 4 lane penuh ponggals2 yang tunggu teket release. takutnya abes.. penat aku Q. dah blah menachi depan aku meenachi belakang aku coba potong aku.. chaist! jangan haraps. aku terus potong dia balik. aku cakap kat kaunter'Sivaji 5' k(kali ni aku cakap je, sebelom sebelom ni aku tunjuk jer sbb takut org sblh dengar kui kui kui).sib baik ader lagi, dalam 10 gitu... so akak kaunter tu rekomen kat aku 5 seat kat belakang. sib baik belakang. bole masuk lambat n nyorok nyorok sket.

so lepas beli terus aku g surau. jumpe Remo, Ghano, Kepot. fazilah kat atas. lepas semayang terus g wayang 15. masuk masuk je,bau semerbak. ekekekeke. maser tuh tgh iklan lagi. sultan, next filem si Rajini kot. tapi katanya next film dia kartun CGI tajuk HARA arahan anak dia. Music still by ARR.

then start la citer yg remo tunggu2. aku tunggu lagu jer.

komen aku:

hmm. filem si Shankar ni dah di expect tak akan up to my expectation.sbb Shankar macam boleh buat lagik bagus. aku tak nangis langsung citer ni. Nayak/Muthalvan sampai sebesen air mata aku. Tema yang sama jugak. dan Meganya filem ni dapat dilihat dari lagu first jer. balaileka. Vaaji Vaaji -lagu kat kolam mandi yang grang tuh...lain lain dah boleh agak dan sayang subtitle datang dan pergi, kemudian terus pergi tak kembali. VENCIII sangat. terus tak pahamm.

Music, aku takde masa nak hapal sbb Remo tergesa2 nak tengok. devdas aku beli bulan 5, so bulan 7 masa dia tayang aku siap dah buat choreo graphy sendiri hehehehehe...

aku mahapkan ARR. dia terpaksa down gredkan karya dia untuk bagi sampai 'kasta' music tipikal Rajini. apa pun Balileka tuh starting suara harmoni pompuan best sangat.

picturisation chanteq bangettt.

antara lain yang dapat aku kesan:

lagu Kathal Rojave instrumental (piano) masa scene kat kedai music

lagu anbe aruyire di ikuti paarthal mudhal masa gi rumah shreya saran makan cili.

lagu andangkaka masa deepavali.

dan klaka sangat masa lagu Raa raa (shreya menari, Rajni n Vivek nyanyi Ta ta ta ta..).


overall worth sikit dari tgk Peret Kereben 3.

cerita lanjut:

http://halilintar.fotopages.com/?entry=1201292&page=0

Monday, June 18, 2007

LEBAI MALANG...




Korang penah dengar tak citer lebai malang? Kalo tak pernah pegi korek kat library sekolah rendah. Kompem ader dalam citer2 rakyat.

Tapi aku bukan nak citer pasal ketamakan aku yang akhirnya merugikan, tapi bertapa penat aku ke hulu ke hilir tapi sampai jer, org yang dicari tak jumpe.

Kisahnyer gini, ader ler sorang member aku ni masuk spital sbb Semput Kronik. Dari informer pertama aku, dia masuk Kajang Medical Centre. Tapi aku dengan berlagak pandainya kata bini member aku ni silap citer kot, kat Kajang Plaza Medical Centre kot. Di kuatkan dengan petunjuk Econsave.

Menonong la kami pegi. Lepas bersusah payah mengadap jem Kajang yang hazab, sampai la ke KPMC. Tanya2 jer dia kata takde nama pesakit tuh. Tepon la balik, bini member aku ni dia kata Kajang Medical Centre. Staff KPMC kata Kajang Medical Center dekat dengan pasaraya Hugo. The other side of kajang. Perghh... penat rasa nak pegi. Demi kawan2, kami pun carik la jugak... dah ala2 nak sesat tetiba ternampak la klinik tuh kat celah- celah lorong bangunan.

Dengan penatnya pegi la panjat wad tuh. Sampai2 jer terus cakap kat nurse ni nak lawat orang sakit. Terus nurse tu cakap.. sini takde pesakit melayu. Tinggal sorang jer pesakit cina. Takkan silap lagik kot... aduih... mana lagi la nak cari klinik ada wad kat kajang nie...

Tetiba member aku dapat hidayah, mebi kat specialist kajang kot, area2 econsave n KPMC tadik jugak.. kami pun patah balik dengan penatnya. Ingat nak berenti makan dulu, tapi bimbang tengah2 makan kot budak tuh tercungap2 ker, aper ker.. nyesal plak kan?... so terus la pegi.

Ropenye kat KPJ specialist. Sesampai je dia ader kat situ ngan bini dia. Ok jer. Ingatkan dah pakai oksigen dah... heheheheheee.

Monday, June 11, 2007

Apocalypto


Lepas Passion of the Christ, aku ternanti-nanti buah tangan Mel Gibson. Filem tuh slow nak mampos tapi menarik. Dia memang cerita bende yang berlaku zaman tuh. Tapi ader gak details yang bercanggah dari sejarah Nabi Isa dalam Islam. Tapi basicly kita bercerita tentang orang yang sama cuma dalam Islam, umatnya percaya yang disalib bukan Nabi Isa.

Filem tuh walapon di kecam sungguh oleh yahudi, tetap boxoffice. 370 juta USD kat North America shj. And tambahan lebeh 600 juta USD dari rest of the world. Kaya Mel Gibson. Bajet 30 juta je.

Berbalik pada apocalypto. Aku tak tau cost film ni tapi brp. Malas nak cari. Tapi kutipan dia sedey sangat walapon promo dia menarik. So seperti besa aku tunggu DVD jer. Tak pe la lambat sket.

Aku tgk dengan hosmet aku yg basic sejarah. Aku tak sure which civilisation, tapi for sure south America. Aku dah konpius antara Maya, Aztec dan Macu Picu. Aku rasa Macu Picu kot sbb dalam Motorcycle Diaries, Che Guevara (Gael Garcia Bernal) menggambarkan Macu Picu as a great civilisation yang lenyap secara tiba-tiba. Rasanya yang tu ler.

Cerita dia pasal satu puak org asli yang di serang oleh satu puak yang lebeh maju dan tangkap semua adult. Kemudiannya di bawa merentasi gunung-ganang untuk sampai ke tapak bandar maju yang penuh dengan Zhiggurat (eja camni ker?) [oppss memandai pulak aku. selepas berwiki minggu lepas aku fdapati aku suka memandai2 dan masih berangan pandai sejarah. hehehe.Ziggurat tu binaan untuk tamadun Mesopotamia, Sumeria- 3 july2007]. ingatkan nak dijadikan hamba macam kat Piramid Mesir, ropenye nak dijadikan korban untuk tolak bala.

Tapi masa hero nak di korban, berlaku gerhana penuh. Sepertimana ramalan sorang budak yang derang jumpa dalam perjalanan tuh. Budah tuh jugak meramal cara2 kematian 2 org jahat tuh..

So bila dah abes gerhana, derang dilepaskan. Tapi puak jahat nih nak main2 dulu. So dia lepas derang lari kat satu padang (menuju ke hutan derang) lepastuh dia panah, baling lembing dan sebagainya untuk membunuh.

Tapi hero ni terlepas wapon cedera. Then bermula lah keseronokan filem ni lepas agak boring just after derang kena capture. Malas citer banyak, konsepnya sama jer dengan Arnold Susahnakeja melarikan diri dari Predator.

At the end kompem la hero menang tapi cara dia berjuang sensorang tuh yang menarik.

Ceritanya membuat kita rasa tertanya-tanya kenapa? Mengapa? Siapa? Kerja camera pun banyak membuatkan kita rasa berdebar-debar dan ternanti-nanti apakan thrillnya. Aku tak perasan sangat apa2 yang seronok nak di hentam macam WJH. Tapi aku rasa hero patut dah mati masa dia lari kepantai. Orang jahat dua orang tuh patuh dah ketuk kepala dia sampai mati, tetibe jer derang terkejut tengok armada kapal Portugis dengan Missionaries Kristian mendarat kat pantai. Perlu ker nak berdramaswasta sampai lupa nak bunuh orang yang dikejar?

Selain pada tuh aku tak tau saper potong tali pusat anak dia masa bini dia beranak dalam perigi.

Tapi apa pun filem ni aku bagi 8/10. kene tengok untuk mempelajari budaya masyarakat tamadun awal. Dan kita boleh buat kajian persamaan antara cara hidup orang zaman dulu dengan orang asli, Iban dan sebagainya yang kadang2 aku kagum derang berjaya mempertahankan budaya beribu-ribu tahun.

Thursday, June 07, 2007

Waris Jari Hantu

  • BORING!

Aku memang tak nak gi tengok. tapi hosmet dah wat phone booking so aku terpaksa pergi. tapi aku pergi dengan mind set- dia ni award winning director. so aku expect dia improve dari Both pontianak sblm ni. aku tgk CD jer. tak abes pon. aku rasa filem dia boring.


so dalam WJH ni aku aku bimbang jugak boring.
aku check last week gross dia dah 700k. so dapat sambutan jugak tuh.


komen aku:

mula-mula macam menarik walaupon aku dah expect the expected.

overall citer dia boring, meleret-leret dan memualkan. No wonder aku jumpe orang muntah kat tangga masa kuar dari wayang.

orang datang bukan nak tgk 'effek tak special' bodo yang klakar. orang tak datang nak tgk 'a history of a pondan'.

Shumi cuba blendkan cerita seorang lelaki lembut yang nak cantik dan operate utk jadi wanita sejati dengan cerita hantu dan isu semasa.

cerita seorang lelaki lembut yang nak operate jantina. so dia ceritakan semua aspek kehidupan seorang pondan berangan, dari cara hidup, tatabahasa dan gaya percakapan, fesyen, dan isu-isu kekeluargaan.

bab dia lahir as a khunsa tu aku rasa saja jer ditambah untuk mengelak Censor board, dan tohmahan masyarakat islam serta Jakim. esok2 dia nak hantar pegi festival oversea, dia bukan setakat potong babak khunsa tuh malahan dia potong babak hantu. so dia boleh hantar festival gay dan lesbian. atau pun dia biarkan bab hantu tu utk boleh hantar kat festivel cerita hantu yang dia pergi every year.
bagi menambah kan cerita kepada kehidupan pondan berantu tuh dia selitkan bab Along. dengan harapan sok2 ader org kata film dia mengangkat isu masyarakat. uwek...

drama meleret2 dengan pelakon yang speaking melayu tak real, list pelakon yang sama.. BORING!!!! Ini la yang berlaku bila asyik ambik kawan2 berlakon!

the same thing berlaku pada third installment of Afdlins trilogy The Gemuks 3:Sumolah lepas berjaya dengan The Gemuks 1: Buli & buli balik dan the Gemuks 2: Baik Punya cilok..

berbalk pada ramuan filem ni,

kisah seorang pondan

kisah kawan pondan

kisah konflik famili nak menerima pondan operate

kisah layanan masyarakat pada pondan (memang rasa kesian pada pondan, tapi tak boleh kita biarkan)

kisah status pondan dalam perlembagaan

kisah along

kisah advertising

kisah lelaki takut nak mengorat (aku nampak si zahim tuh macam lembut jer, nampak buat2 keras!)

kisah hantu yang tak di kupas dengan baik

kisah IKS buat ubat

Kisah karaoke kedai makan yang bodoh dan majlis kesyukuran yang aku kompem takkan dibuat oleh orang kampung dengan cara barat. siap nyanyi lagi tuh..

kisah pasal ubat-ubatan kampung yang salah di tujukkan.. SENDUDUK PUTIH. dia bole tipu orang bandar. tapi orang kampung macam aku yang jumpe dengan senduduk putih ni sori la... senduduk putih exactly macam pokok senduduk cuma bunga dia bukan purple, tapi putih. bagi yang tak tau pokok senduduk tuh sejenis pokok renek. besanya macam semak samun jer.batang dia macam berdahan jugak la. banyak ranting. masa kecik2 aku buat gantung kad raya.
pokok yang dia tunjuk tu batang lurus. macam pokok misai kucing tapi berdaun seperti bunga cina.

kesimpulannya, ini adalah antara filem yang aku kesal gi tengok. trauma sib baik ending dia menarik.

ntah kat mana hebatnya film Shumi. murahan jugak qualiti gambar dan penceritaan nya.

orang nak gi tgk hantu rimau, tapi tak di kupas dengan betoi2 cara buat bertih padi, banyak mana nak kena bagi makan, kat mana boleh dapat selain inherit, pantang2 dia. sebut pantang banyak kali tapi tak kupas pun pantang dan kesannya. bab Ari (macam tajuk citer Indon, Arisan)menari berangan boleh pulak dia tunjukkan meleret2 sampai aku nak muntah.

antara benda yang aku notice,mekap muka Ah Meng lepas operate macam muka kawan Ignacio dalam bad education. esp rambut. bukan nak kata dia tiru, tapi aku nampak sama. dan bab lelaki tulen bawak watak pondan, aku salute Gael garcia Bernal dalam Bad Education. idup sangat watak tuh. rusdi ramli ni nampak buat2. berlakon lah katakan...

lepas tuh aku rasa mekap artis filem ni bodoh la. kenapa rusdi ramli sangat buruk mekapnya. ditambah gedik buat2 yang melampau, aku jadik meluat. tak terkecuali Ah Meng. baik dia ambik Que haidar atau Zulhuzaimi, aku rasa lagi sesuai.

So sesape yg blom tgk citer ni lagi, tapi nak tgk sangat, tunggu la CD kuar. bole fwd2. penat tau nak tunggu abes...

Pirates of The Carribean

aku ader sentuh sker dlm entry voli ball baru ni.

citer ni aku tak nak tgk wayang. aku nak tunggu DVD ori piret je. hehehe...

tapi abg ipar aku dah beli tiket. so aku pergi jugak ler.. aku akui citer dia memang bez. tapi aku rasa terlalu panjang. lenguh belakang aku. babak kat Singapore (Sao Feng) macam saje2 wat pepanjang sbb nak attract chinese viewers jer. tapi aku rasa dari segi fakta, during that time, singapura masih lagi dalam dalam penguasaan inggeris dan belom ader lanun Cina di Asia tenggara. yang ader lanun bugis yang akhirnya beraja di selangor. so kompem dia nak attract org asia timur. sbb tu pakai chow yuen Fatt (padahal aku rasa lagi ramai chinese tgk kalo masukkan lee hom ke atau penyanyi yang berlakon dlm curse of golden flower tuh).

so kesimpulannya it's ok jer. minus point sket sbb babak erotik yang melampau.

Wednesday, June 06, 2007

SHREK the third




PUAS

tu jer perkataan yang aku rasa sesuai dengan expectation aku. shrek II agak boring jika dibandingkan dengan SHREK I. tapi nasib baik pendek jer citernyer. yg third ni aku expect aku akan gelak kuat2. dan aku rasa orang sebelah aku sure boring sbb aku gelak tak berenti sampai kuar air mata.

klaka yang paling zalim aku rasa masa derang fitting baju. dan sedia nak kuar atas pentas. aku rasa klakar sangat gesture dan outfit yang derang pakai.



Artie plak watak dia besa2 jer. tapi suara dia memang macam sedap and fit the character.

dan aku rasa macam lebeh seronok kalau kehidupan kat college ditambah lagik. sure seronok.

so 10 hengget aku rasa berbaloi sangat ptg tuh..

Harry potter.. i'm waiting 4 u my dear..