Sunday, January 20, 2008

Anak Tupai

  1. Anak tupai


Artis: Halim Yazid

Ada sekor anok tupa, atah jula mokte,
kudung ekor perok lapar, jale cari make,

Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
Kejadian tuhan dipanggil nama tupa,
asalnyo dale hute, sejenis mamalia
kalu pasal jakit kot dahe, diolah yang paling panda,
jatuh jare-jare kerano dio tok soba,

pandai-pandai tupai melopat jatuh tanoh jugok,
nok wi gambar ko ore jahat, jange telajok manggok,
jange telajok manggok,

ore jame dulu pakat hambat tupa,
bimbe ko woh kayu, takut tok de besa,
ore jame dulu pakat hambat tupa,
bimbe ko woh kayu, takut tok de besa,
nyor, durie, duku, kalu de nyo kerik tupa,
pendek tahun tu nyor, durie tok leh nok jual

Ore sekapong tupa seko, berambak hari-hari,
nyo pakat likong, nyo pakat pekong, tupa tok leh lari

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusia tinggi mano pun kita ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi

Lo ni kapong atau bandar, jare boleh tengok,
bapok tupa, ibu tupa jale bawok anok
jale bawok anok

raso kesian sunggoh tengok seko anok tupa,
kerano telajok kuruh sampai tok leh nok niti pagar,
bulu-bulu pun habih luruh, air mata bera-bera,
mari dale baroh, bekali kena racun tebaka


Sebenarnya sabtu malam yang lepas memebr aku ajak tengok dikir barat kat laman santai kat parking Istana budaya. setelah disuap dengan beberapa lagu dikir BARAT yang sangat BARAT.. yang sungguh memualkan dan memalukan famili yg bawak anak untuk bersantai, persembahan diteruskan dengan kumpulan dikir yg sebenar.

aku bisik kat member aku "agak2 bole tak aku requast lagu anak tupai" aku suka sangat lagu tuh..dalam aku dok bisik2 tuh penyanyi tuh sebut "terimalah.. Anak tupai".. wahhhhhhhh bezznyerr... rasa macam nak dodok bersila sekali ngan derang... kekekekeke

ekceli itu adalah lagu dikir barat yg aku penah dengar akill hayy nyanyi dalam ceramah dia. tapi yg kenalkan aku lagu ni adalah opis mate aku orang kelantan... aku terpikat bukan sbb lagu ni sedap sangat tapi ini lagu yang memberi maksud tersendiri pada orang tertentu. .

pada aku lagu ni memang nak ketuk kepala kita yang kadang2 lupa pada hidupan lain... lupa pada other point of view. lupa yang kita ni hanya manusia. kebetulan masa aku gila mengafal lagu nie, aku ader beli DVD POM POKO,anime jepun arahan (?) Hayao Miyazaki terbitan studio Ghibli.

aku rasa banyak sangat persamaan antara Racoon dan Tupai dalam both cerita. Racoon yang hilang habitat dan pupus dek kerakusan manusia dalam mengembangkan empayarnya dan manusia yg membunuh tupai kerana tabiat tupai yang suka merosakkan buah-buahan. kita hanya tengok dari kepentingan kita. tak penah tengok dari point of view mangsa.

tupai memang akan makan buah. kalo tak camne nak idup. tapi manusia bukan setakat halau, malah pakat pekong + letak racun kalo berdasarkan lagu Halim Yazid tadi. letsay yang mati tuh ibu tupai yang ader anak2 baru lahir dalam sarang, sah-sah anak2 dia pun mati sama. kesian.. jangan pulak satu hari nanti kita tak sedar yang kita dah bunuh the last of its kind atas muka bumi ini..

dalam filem Pom Poko, Racoon2 nie digambarkan sebagai satu pasukan yang saling bekerja sama mempertahankan habitat derang.. tapi at last, manusia always menang.. derang yang asalnya tuan pada tanah tersebut dianggap binatang liar yang mengganggu kawasan kediaman. padahal, dulu itulah tempat racoon cari makan, bila dah di jajah, dia takde sumber makan yang lain selain masuk rumah dan selongkar tong sampah..


dalam ertikata lain, apabila satu bangsa dengan teknologi tinggi datang ke tanah air kita dan menjarah keseluruh pelosok maya, maka tentang lah habis-habisan.. kalo tak, hina lah hidup kita. menumpang hidup dan menagih simpati demi sesuap rejeki di bumi sendiri.

2 Comments:

At 2:58 AM, Blogger fadz said...

lagu ni juga digunakan dalam acara membuang hantu kalau tak percaya..

 
At 5:50 PM, Blogger hantamsajalah said...

yeke.. lagu ni lagu 80s kan?.. agaknya hantu pon dah moden... nak dengar lagu best2 jer... hehehehehe yeke?

 

Post a Comment

<< Home