Monday, June 11, 2007

Apocalypto


Lepas Passion of the Christ, aku ternanti-nanti buah tangan Mel Gibson. Filem tuh slow nak mampos tapi menarik. Dia memang cerita bende yang berlaku zaman tuh. Tapi ader gak details yang bercanggah dari sejarah Nabi Isa dalam Islam. Tapi basicly kita bercerita tentang orang yang sama cuma dalam Islam, umatnya percaya yang disalib bukan Nabi Isa.

Filem tuh walapon di kecam sungguh oleh yahudi, tetap boxoffice. 370 juta USD kat North America shj. And tambahan lebeh 600 juta USD dari rest of the world. Kaya Mel Gibson. Bajet 30 juta je.

Berbalik pada apocalypto. Aku tak tau cost film ni tapi brp. Malas nak cari. Tapi kutipan dia sedey sangat walapon promo dia menarik. So seperti besa aku tunggu DVD jer. Tak pe la lambat sket.

Aku tgk dengan hosmet aku yg basic sejarah. Aku tak sure which civilisation, tapi for sure south America. Aku dah konpius antara Maya, Aztec dan Macu Picu. Aku rasa Macu Picu kot sbb dalam Motorcycle Diaries, Che Guevara (Gael Garcia Bernal) menggambarkan Macu Picu as a great civilisation yang lenyap secara tiba-tiba. Rasanya yang tu ler.

Cerita dia pasal satu puak org asli yang di serang oleh satu puak yang lebeh maju dan tangkap semua adult. Kemudiannya di bawa merentasi gunung-ganang untuk sampai ke tapak bandar maju yang penuh dengan Zhiggurat (eja camni ker?) [oppss memandai pulak aku. selepas berwiki minggu lepas aku fdapati aku suka memandai2 dan masih berangan pandai sejarah. hehehe.Ziggurat tu binaan untuk tamadun Mesopotamia, Sumeria- 3 july2007]. ingatkan nak dijadikan hamba macam kat Piramid Mesir, ropenye nak dijadikan korban untuk tolak bala.

Tapi masa hero nak di korban, berlaku gerhana penuh. Sepertimana ramalan sorang budak yang derang jumpa dalam perjalanan tuh. Budah tuh jugak meramal cara2 kematian 2 org jahat tuh..

So bila dah abes gerhana, derang dilepaskan. Tapi puak jahat nih nak main2 dulu. So dia lepas derang lari kat satu padang (menuju ke hutan derang) lepastuh dia panah, baling lembing dan sebagainya untuk membunuh.

Tapi hero ni terlepas wapon cedera. Then bermula lah keseronokan filem ni lepas agak boring just after derang kena capture. Malas citer banyak, konsepnya sama jer dengan Arnold Susahnakeja melarikan diri dari Predator.

At the end kompem la hero menang tapi cara dia berjuang sensorang tuh yang menarik.

Ceritanya membuat kita rasa tertanya-tanya kenapa? Mengapa? Siapa? Kerja camera pun banyak membuatkan kita rasa berdebar-debar dan ternanti-nanti apakan thrillnya. Aku tak perasan sangat apa2 yang seronok nak di hentam macam WJH. Tapi aku rasa hero patut dah mati masa dia lari kepantai. Orang jahat dua orang tuh patuh dah ketuk kepala dia sampai mati, tetibe jer derang terkejut tengok armada kapal Portugis dengan Missionaries Kristian mendarat kat pantai. Perlu ker nak berdramaswasta sampai lupa nak bunuh orang yang dikejar?

Selain pada tuh aku tak tau saper potong tali pusat anak dia masa bini dia beranak dalam perigi.

Tapi apa pun filem ni aku bagi 8/10. kene tengok untuk mempelajari budaya masyarakat tamadun awal. Dan kita boleh buat kajian persamaan antara cara hidup orang zaman dulu dengan orang asli, Iban dan sebagainya yang kadang2 aku kagum derang berjaya mempertahankan budaya beribu-ribu tahun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home