Wednesday, June 06, 2007

Bola Tampar lelaki bawah 19 tahun Asia 2007 (Boys U-19 Asia 2006)

MALU MALU dan MALU

saje je nak wat entry ni. Yes aku gile sket ngan voli ball ni. Masksud aku minat je tapi main tak le terer sangat. Okeh seblom aku melalut sejarah aku n voli ball baik aku terus citer jer pasal game ni.

FYI, member aku memvolunteerkan diri jadi sukarelawan. Sanggup tuh coti 7 hari semata-mata minat. Salute u bro.

Sekarang tengah hangat berlangsung kat Dewan Badminton Cheras (jer...). Mebi orang melayu tatau sangat citer ni pasal dalam paper melayu ciput jer.. paper berbahasa cina banyak. Sebabnya, meja press yang aku tengok full dgn paper bahasa cina. Sampai malam. Paper melayu member aku kata petang dah balik. Tu pun dia hantar budak prektikal jer. Teruk nya.. kalo bola liga kg. Dusun aku rasa dia siap hantar 2-3 org kemeraman lagiks.. mentaliti melayu, ‘popular tapi takde quality!’.



Ok la dalam pertandingan ni, ada 2 group:

GROUP A

MALAYSIA

AUSTRALIA

INDIA

JEPUN

HONG KONG


GROUP B

KOREA SELATAN

CHINA

IRAN

SRI LANKA

THAILAND

TAIWAN



Setakat Rabu 23/Mei dah abis peringkat kumpulan dan Unsuprisingly (for me) malaysia layak ke suku akhir. Bukan sbb malaysia kuat atau team lain lemah tapi aku dah dapat baca konspirasi disini. Kecoli kalo memang cabutan undi yang mengompolkan dua pasukan terlemah dalam grup of 5, yg mana 4 akan layak ke suku akhir.


MALAYSIA: aku tengok first game derang lawan AUS. Aku ingatkan memang AUS kuat, tapi sebenarnya tak la kuat sangat. Dalam game ni semua orang dah pakar dengan teknik dan taktik cuma implementation dalam court je. Aku paling meluat derang show off masa what we call that, test court/panaskan badan sblm lawan kot. Penyokong msia bersorak bila derang spike tajam (tanpa blocker).


Geli jer sbb aku dapat bayangkan yang semua tuh akan hilang bila ref tiup wisel. Kecoli player no 9, yang lain aku tak leh bg applause manakala no 6 dan 10 patut kena boo. No 6 patut kena simbah najis lagi (heena sangatkan?).


Apa yang aku dapat analisis, MAS main macam mana yg diajar jer. Dia tak dapat buat analisis kekuatan pihak lawan dan tindakan alternatif untuk mematahkan serang berulang dengan modus operandi yang sama dan juga tak dapat menukar taktik untuk spike yang telah diblok dengan jayanya sebanyak 8 kali dalam satu match ditempat dan oleh spiker yang sama. Itulah hazabulazim no.6. bangang sangat.


Padan muka kalah 3-0 ngan AUS. The next derang lawan JAPAN. Aku nampak JPN sayur jer. Tapi tu la, sayur lebih baik dari bangang. And JPN won 3-0.

The next game ngan INDIA, member aku kata india kuat. Paling kuat in the group. Aku sangsi. Bukan india bangang ke dlm selection atlit. Derang pandai menari jer (menyanyi aku doubt). Bila masuk jer IND, aku nampak sayur jer... tapi masa test court, punyer la macam bagus.. infact bagus pun. Dan masa start lawan, MAS macam bersemangat sangat sampai la 10 point pertama kejar-mengejar, then terus di tinggalkan dan di dump oleh IND 3-0. hahaha.. padan muka sbb no 6 asyik nak spike jer tanpa analisa modus operandi bloker. No 10 plak macam patung cendana je dlm court. Sblm lawan dia yg macam star..


Lepas menang sekali ngan HKG, MAS dapat no 4 dlm group, dan sah-sah la layak ke suku akhir. Sajer jer kan.. semanye sebab dah set target sblm pertandingan ni nak layak ke suku akhir jer. Nampak tak sedare-sedare betapa konspirasi sangat pembahagian kumpulan ni. Sbbnya nak repot kat Azalina –MATLAMAT TERCAPAI. So tak membazir duit rakyat... bole gitu? Rasa macam keji sangat.

Secara ringkas, dari pemerhatian aku, bukan saiz penentu kuatnya team voli. Korea Selatan kalahkan Iran selamber jer. Yg penting kebolehan menyudahkan taktik-taktik spike yang mengelirukan lawan. Sbb kalo spike kosong je kompem bole blok and boleh angkat nyer lah. Lepas tu kepantasan pergerakan dan speed spike tuh. Dan tak dilupa juga kebolehan menganalisa kemungkinan lain bila kita spike dengan taktik yang sama kat tempat yang sama, asyik di blok ja. Maksudnya fleksible la sket, tukar taktik. Takkan nak tunggu coach jerit baru nak wat.

Tu satu, satu lagi aku nak komen pasal stadium dan penganjur. Citernyer begini, 20 Mei arituh first time aku masuk stadium ni. Nampak luar buruks sangat tapi bila masuk dalam dengan segala bagai hiasan nampak cantik la. Scoreboard pun elektronik, tak la kampung sangat.


Tapi yang paling menyedihkan, masa aku nak terkencing nak cari toilet tapi tak jumpe so aku nampak la lockerroom, so aku rasa ader la toilet dalam tu... Masuk jer la. Game tgh on, takde org kot. Masuk2 ader 3 toilet. Urinal ader but i’m not comfortable to use it. So aku masuk la cubicle pertama, eeeyarkhhh! Ader org berak tak simbah. Geli sangat. So aku masuk yg kedua. Yg tu rosak tapi tak menyusahkan sbb air flush tu kuar tak berenti. So aku guna yg tu.

Kesimpulan yg aku buat kat sini, pihak pengurusan memang makan gaji buta. Tak buat mentenen betol2 esp masa kejohanan membabitkan negara luar. MALU. Pastu penganjur pon tak check dulu ker facilities yg ader kat situ. Siap letak tagging nama negara yang akan guna bilik tuh lg, tapi dalam macam hampeh. Dan aku rasa, sepatutnya dia letakkan la sorang pencuci tandas bila ader kohanan besar macam ni, khas sepanjang kejohanan jer. Ni aku tgk takde sorang pon yg berkeliaran termasuk la tukang sapu. Bodoh dan bodoh dan bodoh. Macamana la nak gain dignity as a fast growing nation kalo pengurusan kecil2 macam ni tak diambil kira. Aku tatau la aper kata bebudak IRAN, SRI LANKA, THAILAND yang sama2 setaraf dengan Mesia.

MALU MALU DAN MALU!.. first dengan permainan Malaysia, second percaturan konspirasi tadi third dengan keadaan stadium esp toilet/lockerroom. HAZABULAZIM sangat!

Aku tak tau la naper kita jadik tuan rumah. Tapi aku positif sbb 50 years celebration of nationhood untuk attract sport tourism. Walapon tak besar, kalo campor sana sket, sini sket dah ramai jugak la kan...

Tapi kalo sana kotor sket, sini kotor sket esok derang balik negara dia, dia kutuk jer.. aku sebagai rakyat negara Islam Hadhari malu dengan orang yang bertanggungjawab atas bende remeh ni. Kotor. Bukan ke kebersihan tu sebahagian dari Iman?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home