Monday, December 04, 2006

life as a MAHASISWA



  1. Tadi tgk tv lepas berita TV3. boringnya idup aku. Asyik dikongkong TV je. Ape ape ajelah… yg aku nak citer ni pasal dunia baru (again and again…). Few entries ago, I did comment about this. Bad and good value in the series. Tapi kali ni aku nak add to the good ones.


Klaka la episod arini. Certain part je la. Bukan sema. Part hok yusof kecek klate nge saing dio. Hehehe. Klaka bukan sbb derang kecek bau si-e tapi mmg that things happened. Kecek luar nge gewe hok oghe luar, otomatik tuker kecek klate nge saing. Pah tu gak kalu hok baghu2 gewe, tok say ngaku gewe lagi. Saing la, gotu la, goni la, gapo gapo la alase boddo. It did happened. That is the part I like most in this series – real student value.


Adegan tengok citer hindustan kat kelab pon did happened to me. Tapi bukan sensorang tapi ramai-ramai. Nama jer bilik kelab untuk buat aktiviti tapi dibuat tempat tengok citer hindustan. Well tu la kali pertama aku tengok citer industan moden dan sbb aktiviti kat situ la aku start suke dgn citer industan nih. Yg tuh mmg happened jugak.



Cuma harini citer dia pasal kempen MPP tak la real sangat. Maybe Cuma betul utk kolej besa, bukan universiti besar cam UM, UKM, UTM, USM dan UIA. Err.. UIA aku tatau sangat tapi yang empat lagi tu I’m pretty sure that it hv the same pattern. Tapi bab flyers layang tuh mmg sema tempat ada tapi kat U yg aku sebut tadi it’s about politic. Tak yah la nak selindung2. mmg politik merah dan hijau dan masa aku masuk U, biru muda baru nak bertapak.



Aku bukan nak cover line tapi aku tadak color mana2. tapi berdasarkan otak yang dianugerah tuhan, budak-budak merah yg totally suck, terlalu social dan kompem rata-rata cgpa<2.7

  1. terlalu bodoh even dimata budak2 1st year. Persatuan yang di monopoli/kuasai merah semua best2 kalo buat aktiviti. Pasaipa? Pasal aktiviti derang banyak pakai duit universiti. Pegi sana sini, malah sampai ke oversea. Tak banyak yg cari sponsor sendiri. Kalo sponsor pon wakil2 rakyat dan yg sewaktu dengannya. Budak budak hijau pon best jugak (even better) tapi dengan titik peluh yang berbaldi-baldi. Derang bagus. Ader perancangan, tak bergantung, tak buat aktiviti untuk enjoy tapi untuk pengalaman dan kemajuan student.

2) Aktiviti budak merah selain melancong dan masuk hutan (normally masuk hutan brainwash junior) derang lebih cenderung untuk buat konsert. Maksud aku yg berkonsepkan RTM. Nyanyi, pompuan menari, joget sampai pagi. Sbb tu kebanyakan aktiviti derang menyanyi dan menari tapi atas alasan mempertahankan budaya. Banyak la pertahan budaya. Sambil-sambil perkukuh budaya dia runtuhkan akhlak. Kalo semanya nak kena nyanyi2 aper spesel masuk u ngan school drop out (yang secara majoriti paham2 la macam mana)? Aktiviti budak hijau selalunya lebih ilmiah. Konsert pon setahun sekali dia anjur tapi don’t get me wrong. Bukan panggil seripah eni, liza hanom, zena zone, sate noholozo, m. dot sinar atau pop yeh yeh, tapi nasyid yang mengajak kearah kebaikan, takde bukak aurat, takde pompuan menari dan yang penting tak melalaikan. And guess what? Yang hijau punya jugak yg better. Full house.

3) Budak merah terlalu gangster. Malam sblm pilihanraya derang akan round ngan moto beramai2 pokol 2-3 macam mat rempit pagi buang banner dan poster budak hijau. Guess what? They even jadik ganas dengan jadik along. Buktinya sebijik keta member aku merangkap presiden MPP sesi tahun tu dipecahkan dengan batu. Mmg la tak de org nampak dengan mata tapi semua orang nampak dengan hati dan akal. Yang paling buat aku meluat siap turun beramai2 pukol 1-2 pagi kejut junior2 tido berkumpul kat padang UGUT saper tak undi merah tak dapat dok kolej next sem. Haram jadah sangat. Mampos la junior takut. Senior jangan harap la. Ni fakta. Bukan menipu pasal class mate (pompuan) aku pegi kelas ngantuk aku tanya bakpo. Dia kata smlm org ketuk pintu dengan ganas suruh turun berkompol kat padang. Dia ingatkan kebakaran ke, bangunan nak runtuh ker, rope2nya nak Ugut. Sial sangat. Terus dia bengang. Tu kebetulan dia senior yg dapat rayuan dok kolej tp kena dok ngan junior. Hanjeng sangat kan? Takde plak pak guard nak marah derang.[untuk maklumat tambahan, pilihan raya tak telus pasal ada no siri untuk rujukan saper undi siapa tapi atas alasan untuk memudahkan prosidur-Sundil bolong sangat!]

4) Pastuh calon-calon yang wakil merah semanya bangang2. aku takla pandai 3 pointer segala tapai kalo nak pilih pemimpin ko, sure ko nak pilih yg lebey pandai kan? Takkan ko nak dipimpin orang yg bengong yea tak? Calon dia yg aku ingat sema bawah 2.6. sbb aku ingat sangat satu tahun tu calon merah yg paling excel pon 2.57. bole? Sikit lagi 3rd class. Tu pon fakulti sastra. Budak ijau yang bertanding most of them student medic, engine, pendek kata fakulti yang payah nak masuk. And kebanyakan nya dean list. tak silap aku sorang ex mpp ijau kat U aku dapat anugerah diraja masa dia konvo. Tak ke meletop gitu?

5) Budak merah dibantu oleh tangan-tangan luar dengan nyata dan sangat lah terlalu tak madani. Siap saper yg tolong kempen dapat henset dan duit poket yg kabur jugak pandangan mata hati(aku rasa pakej dia termasuk jd along dan jerit2). Tu tak kira yang jadi calon. Dapat dinner ngan menteri wa cakap lu (yang ni pon fact pasal aku penah ikot member aku dan tengok sendiri sema wakil2 dari U semalaysia [bunyi macam satu gerakan haram je hehehehe jumpe sembunyi sembunyi]. Tapi majoriti sangatlah mat rempitnya imej dan jelas tak hormat menteri dan org2 besar sbb semanya act macam dah besa lepak isap rokok sama2-hazab sangat. Dan dinner ni aku lupa sama ada sblm pilihan raya kampus atau selepas tp yg sure tahun tu sema U yang selama ni makmur dengan kehijauan dah jadik half half. U aku jer bertahan tak makan saman). Budak-budak hijau aku tak nampak tangan yg tolong derang selain tangan derang sendiri. Derang beniaga sema carik duit. Bagus sangat. Dah nampak ciri2 berdikari kat situ. Baru bole pimpin student. Tapi kalo dari segi ideology hard to tell kalo dia dipengaruhi becoz dia pakai panduan al-Quran.

6) Sahsiah derang terang-terang memualkan. Bab-bab imej merempit tuh lantak la. Tapi imej bohsia bohjan yang tak tahan tu. Bab pakaian tak ikut peraturan U satu (kalo pompuan - menjolok mata tak bole pakai. Ader dlm guideline), bab hubungan inter gender yang melampaui batas tuh yg horror tuh. Bab gedik2 laki pompuan tak yah cakap la. Itu la sbbnya org geli. Dah tak dapat nak beza antara golongan terpelajar dengan golongan kurang ajar.

7) Setiap tahun ada malam manifesto yakni sema org diletak atas pentas dibagi peluang promote diri (dan parti). Sayangnya every year yg aku attend sema ucapan bodo, nak fire parti satu lagi tapi dia yg kena balik. Teruk lak tuh. Membodohkan diri sendiri je atas pentas. Sbb tu lepas tuh tadak lagik dah malam pidato tuh. Pihak u suruh buat rakaman video (boleh hafal teks dan tak leh kena fire kalo silap fact) dengan alasan bole pasang kat tv fakulti. Budak2 ijau mmg well trained sbb semanya boleh bagi ceramah agama dan jadik imam. So dah terasah bakat disitu.

8) Ok la nak tambah satu lagi, yang paling relevan aku rasa. Sema lekcerer yg ngaja aku sokong bukan merah. So kat situ kita dah tau. Sepanjang ingatan aku sorang je yg ngaja aku sokong merah. Tapi u can tell the different among them.

Wuih! Panjang la pulak reason aku. Tapi pengalaman baca flyers yang di selit bawah pintu pagi2 memang seronok. Infact ader budak-budak yg nakal turut buat flyers yang maha kelakar. Antara tajuk2 flyers yg aku ingat: Berita Hairan, Utusan Meloya, Hakahkah. Dan macam2 lagi. Klaka sangat isi dia. Yang sampai sekarang aku ingat antaranya “ berita hiburan…..muka 2, berita pilihanraya….. muka 69, berita sukan….. muka berjerawat” klaka sangat masa baca tuh. Isi dia pon mmg very the ruangan pojok.

Tapi itu lah hidup kat universiti. Student di ikat dengan AUKU. So kita takkan melahirkan Che Guevara, fidel castro, Gie, atau busuk-busuk pun anwar ibrahim. Suara mahasiswa dikawal. Bagi peluang kuar kat TV tapi dengan guideline yang maha hazab. Topic yang dibincang pun isu dalam kampus sahaja which is tak de maknanya. Isu kampus NC la setel. Naper perlu forum live kt TV. Sbb tu yang kuar kat TV nampak macam tadak idea. Dan tak menarik. Tapi sebenarnya yg masuk tu setahu aku skarang ni semanya pro aspirasi kerajaan so macam reason aku bagi kat atas tadi, derang bukan yg terbaik. Hey guess what kerja derang pon pihak universiti yg tolong kalo tak hancus [ni fact sbb aku dok dengar member aku yg keje kt satu U ni dok merungut kena wat keje MPP]. Masa zaman reformasi (aku tak masuk U lagi), aku dengar lagi segala bagai ikatan di buat. Takut student yang majority, I repeat majority adalah penyokong DSAI. Aku kat sekolah pon maser tuh ngan kawan2 siap pakai reben putih kat tie. Sampai Pengetua sound dlm perhimpunan. Berkobarnya semangat orang muda. Kalo tadak AUKU, agaknya perjuangan mahasiswa akan lebih manis dan bermakna.

[citer pasal auku- aku tak baca undang2 dia tapi one of my fren suke buat lawak. Pasal satu clause “tak boleh berkumpul lebih dari 3 orang kot di satu tempat untuk tujuan tertentu” so kata member aku ni tak leh g mandi reramai kat bilik mandi nanti kena tangkap, makan sembang-sembang kat café pon bahaya. Nak pulak tazkirah lepas semayang silap2 kena lenyek macam kat Memali, Baling]

What eva it is aku rasa gerakan pelajar tak boleh disekat [walaupon banyak yang penuh berdarah – China, Indon contohnya]. Bukannya bila masuk u bole berlagak pandai nak pimpin dunia. Bukan. Tapi masa student ni la macam2 yang nampak sbb masih dok kat bawah. Kalo tak diperjuang sekarang nanti dah dok kat atas lupa. Dan rasanaya suara mahasiswa lebih tulus dari sesetengah NGO yang biasanya ader kepentingan. Mahasiswa mana ader kepentingan yang nak di jaga. Maksud aku dari segi business dan yg sewaktu dengannya.

So kalo ader mahasiswa yang masih nak tido dalam fantasi reality TV, plz tgk dan Selami filem-filem ni fidel castro, Motorcycle diaries, Rang de basanti, Yuva, aeyuta ezuthu, gie (aku tak tgk lagi) citer lain mungkin ader tapi aku tak jumpe lagi. ni

ni lirik lagu KHOON CHALA from RDB.

aku suke sbb mase ni lah titik tolak perjuangan student universiti delhi bermula.

kuchh kar guzarne ko khoon chala khoon chala

Our blood is raging ... It is flowing through the streets But It wont go in vain

aankhon ke sheeshe mein utarne ko khoon chala

Our eyes are blodshot for a purpose ... A cause we will attain

badan se tapak kar, zameen se lipatkar

It fell from our bodies ... Embraced the earth

galiyon se raston se ubharkar, umadkar

Went winding through the streets. A river of courage ... it surged and swept

naye rang bhar ne ko khoon chala khoon chala

It flowed to make a new beginning

khuli-si chhot lekar, badi-si tees lekar ahista ahista

From gaping wounds, and gashes large ... it oozed slowly and steadily

sawaalon ki ungli, jawaabon ki mutthi

While the pointing fingers, got fists in reply

sang lekar Khoon chalayet,

our blood was raging. It flowed not in vain but with a reason

kuchh kar guzarne ko khoon chala khoon chala

A cause we will attain

aankhon ke sheeshe mein utarne ko khoon chala

Our eyes are blodshot for a reason. A cause we will attain

badan se tapak kar, zameen se lipatkar

It fell from our bodies ... Embraced the earth

galiyon se raston se ubharkar, umadkar

Went winding through the streets. A river of courage ... it surged and swept

naye rang bhar ne ko khoon chala khoon chala

It flowed to make a new beginning ... Yet, our blood was raging

khoon chala

Yet, our blood was raging

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home