Friday, December 01, 2006

Henpon masuk air

  1. What a bad day for me. But I just can’t say it’s bad. Just not a lucky day. Citer dia macam ni. Tadi lepas meeting aku terus g mesjid. Besa g makan dulu tapi ni meeting abis lambat aku terus la g mesjid dulu. And mesjid yang dekat nagn opis, bukan my faveret mesjid for jumaat (aik? Mesjid pon ader faveret ke?). Sebab khatib kat mesjid nih baca teks dlm buku punya orang so ada Kb untuk tido. Aku pon lepas ambik wudhu’ pegi la bukak kasut nak naik tangga mesjid. Tapi parking kasut full and for safety aku bukak kasut and nak ambik letak kat tepi dinding mesjid. Time aku tunduk tuh aku lupe la plak yg enset aku ni ada dalam poket atas. Tengah nak pegang kasut tuh tetiba nampak enset aku smooth jer slip from my pocket terus masok dalam longkang. Air tengah laju sbb org amik wudhu’. Nak jerit aku.. nasib baik kuar dlm hati jer. Siap pad nak hanyut lagi.. sib baik sempat capai. Kalo tak very very unlucky day. Dah tuh teros padam enset tuh. Ni kes naya ni. Enset aku seblom ni cam tuh jugak. Slip dari poket terus ke lobang jamban. Sbb nak bukak paip basuh kencing. Bole? Siap lepas tuh bertekad nak guna urinal je tapi tak jadik la pasal ustaz aku dulu kata tak seswai.



Pas tuh masa khatib baca khutbah aku tak boleh tumpu 100%. Dok piker harta dunia tu jer. Damn!. Lepas semayang aku cepat2 balik konon nak jemur. Tengah panas terik tapi aku teringat nk g supermarket jap so aku g la. Lepas g sana baru aku balik jemur enset aku. Nampak mendung jer tak per la. Then dah stengah jam aku dalam bilik aku kuar la tgk. Wah.. panas terik. Aku g la terbalikkan bagi bahagian baterilak kering. Tadi bahagian depan. So aku g la masuk bilik. Tak lama pas tuh staff masuk bilik aku tanya soklan. Masa dia bukak pintu aku dengar macam bunyi smthg. Tapi aku wat dono jer. Tapi pas dia kuar aku dengar macam bunyi ujan. Bukan rintik tapi macam lebat jer. Ah mampos. Terus aku lari selamatkan enset aku. Waaaaaaaaaaaa… abis sema basah. Siap air bertakkung lagi kat tempat bateri. Sedey la. Nak nangis aku rasa. Tadi basah sket ni basah tangkap basah. Huwaaaaaaaaaaaaa….sedey gell. Nak beli enset baru tadak duit. Abis la aku.



Tu la kisah dua kali unlucky aku arini. Dah besa pakai enset tetiba rasa tak tenteram jer. Hati berdebar-debar. Hish, dulu ok je tadak enset. Buat-buat la macam tadak enset. Tapi entah macammana opismate aku kata dia ada enset standby kat umah tapi tak la cukup sifat sangat. Aku pon on jer la dari terputus hubungan langsung. So skang aku pakai la enset dia sampai la yg tuh di perbaiki. Wah ayat, ‘diperbaiki’, BM A1 sangat. Heheheh. Tapi skang tengah caj. Bateri dah kosong. Maklom la budak tu pon lama tak guna.



Mintak-mintak la enset aku tak rosak teruk. Tak yah beli baru. Duit tadak la. Keta nak baiki, sekolah nak bukak, adik2 nak pakai duit, mak aku nak wat kenduri, kakak aku ajak coti2 mesia.. banyak lagi agenda aku untuk duit selain beli enset. Alang2 nak beli baik yang paling bez.. yea tak? Sape-sape sian kat aku emel la enset bes korang yg dah tak guna.. he he e he he.. kalo bole emel jer kan senang.. hahahaha…

0 Comments:

Post a Comment

<< Home