Tuesday, December 26, 2006

Sukan Asia

  1. [entry ini dah lama ditulis cuma tak di publish jer. aku malas nak update biar je lah...]




Dah lama nak tulis tapi tadak masa la. Ujung2 tahun banyak nak setel. Aku ringkas kan jer la mana yg aku ingat.



Opening: memang grand. Aku tatau la brp bajet utk bunga api. Macam bakar buang gitu jer duit minyak. Pak arab dengan pemikiran barat.. sama la ngan org kutuk mahathir masa sukom dulu. Yes I agree we need fireworks. Mmg akan jadik lambang kemeriahan ban menggembirakan orang. Tapi berpada2 la. Doha too much aku rasa. Pasal aku terkesima dengan happeningnya bunga api itu.



Nyalaan obor: aku tatau samada aku jer yg ingatan tak kuat atau mmg ader certain2 nyalaan obor je yg vogue. As far as Doha is concern, aku rasa aku takkan lupa kuda panjat stadium nih and obor besar yang timbul. KL98 buat apa ha? Aku tak ingat. Tapi the most memorable pada aku Olimpik Barcerlona 1992. classic sangat panah api tu. That wud be my all time greatest hits.



Perarakan peserta: aku tak ingat yg lain tapi aku rasa idea Doha quite different. Suke tgk pak arab putih2 buat bulatan. Mesra sangat nampak.



Lain2: aku suka idea screen elektronik besar kat stadium, tapi KL 98 punya sokka gakkai (ye ke? Taram je lah) paling menarik nak di tonton. And aku salute sangat the idea dan usaha sukarelawan sukom tuh.




  1. Pencapaian atlit Malaysia



Malaysia ada kekuatan tapi terlalu banyak kelemahan. Aku tatau apa puncanya tapi aku rasa too many politics in sports. Sejarah malaysia kat sukan asia agak best jika dibanding dengan negara asean lain. Tapi aku tak letak harapan tinggi pd atlit yang dijangka emas. Aku takut jadik the same old story. Josiah Ng dah banyak kali kata world top 3 tapi haram tadak pingat pon. Nicol mmg aku salute sbb pandai dan muda2 dah world champion. Tapi sukan komanwel arituh mmg hazab pompuan tuh sampai suspicious mind aku kembali aktif.


Tapi setakat semalam aku rasa seronok sebab roslinda samsu dapat silver even she could have done it better.



Noorasheela nasib baik dapat gangsa. Kalo tak aku akan kutuk macam Nazmizan (check my previous-previous entry).



Robani memola macam ada harapan ank ikut rentak Liu Xiang since dok lane bersebelahan tapi nampak macam menggangu sangat. Step tak de rhythm. Nampak janggal. For me, dia wajib catat bawah 14.



Boling: aku taknak komen seorang-sorang tapi berdasarkan recent tournament sblm ni aku rasa bangang sangat team malaysia. Ader ke catatan 190++. Dengan tahap dewa derang tuh dia wajib catat 220++.


Badminton: hafiz wud be my enemy sampai la dia menunjukkan attitude yg boleh di banggakan. Lepas rakyat mesia buang duit sms kutuk prestasi bangang dia kat piala thomas, aku ingat dia baca/di bagi tau. Ropanya dia still nampak angkuh/sombong/bongkak tapi bodoh + bangang. Hazab sangat mamat yg pakai rantai n verangans KL gitu. Aksi paling mantap farizzuan ngan pompuan nama apentah sblm dan masa lawan Gao ling n sape ntah. Mantap sangat. Terhibur. Bergu yg menang emas pon mantap jugak. Tak bodo macam hafiz. Tapi aku tak tgk kuan beng hong. Teringin nak tgk dia main.



Terjun: lepas sukom KL 98, derang wajib dapat pingat in every asiad and komanwel. So they did it. It just that china is hard to be defeated.



Bola Sepak: they are totally Doomed. Satu perjudian. Buang duit banyak, tapi main macam haram tadak pulangan. Derang mmg main macam haram. Aku tatau kenapa diputuskan hantar cost 20 orang tapi haram tadak pingat. Ester cheah sorang je bole 2 emas. Kita Cuma layak hantar ke sea games jer. Tu pun dok bangga citer 1989 menang kat padang sendiri. Uweks….



Renang: Lim Keng Liat dah tua kot. Takpe la di maafkan. dia dah banyak harumkan nama negara. Tapi rehat 200m kuak lentang sbb nak tumpu acara lain alasan bangang. Dah alang2 ader kat sana masuk la sebanyak acara yg mungkin. Dia berlatih tahap dunia la takkan cepat semput kot. Org macam aku ni kot la. Baru half pool dah cungap.




Takraw: aku tak minat sangat. My comment tak de luck. Tu je. Main ok.



Menembak: another acara yg patut bole dapat at least gangsa. Tapi apakan daya lahanat jer calon2nya. Yg mmg tadak prospek menang.



Memanah: tak harap apa2. Cuma keajaiban.


Gimnastik: perak nasib je aku rasa pasal China, Japan and south korea tadak.



Hoki: mmg rasa macam ada pakatan utk mesia tak g semi. Tapi itu alasan orang kalah. Kalao ko bagus sangat ko tak yah harap orang kalah. Ko kena la layak dengan divanya. Kalo menang ngan jepun kan baguz. Laha sangat. Yang pompuan plak mmg totally buang duit. Sea games bole la.



Bola tampar pantai : team pompuan tuh aku salute. Main macam best tapi bangang. Derang bole menang ngan placing jer. Ni nak jugak spike tapi lahanat.







  1. Josiah Ng: same script,different stage.
    [ini suppose new entry tapi macam aku kata tadik... malas...]



Dah banyak kali jadik n aku tak pernah suke/bangga dgn josiah Ng. Aku tak pernah termakan racun media yang terlalu melebih-lebih puji dan bagi harapan. Tengok la. Dah dua hari puji pecah rekod, menang suku akhir, tetiba berita tadi kata “berita kecewa”-yes for them sbb over puji mamat tuh.



Tu la media puji lelebih padahal konsepnya sama ja. Dia tak pernah bagi emas utk mesia dlm sukan macam ni – kecoli sea games. lepas ni aku bet puji-pujian akan di hamburkan lagi bila dia menang kat mana2 i mean top 5 ke ape ke kat world level. tapi dia menang selalu tu sbb mmg kuat atau ader world champ yg tak masuk bertanding? arghhh malas la nak layan cerita bangang buang duit juta juta untuk pembangunan atlit. baik duit tuh buat jalan kat kg aku yang macam haram konsepnya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home