Monday, May 14, 2007

Himpunan filem2 yang aku tengok lately… (PART 1)


An Unconvinient Truth

Mendatar dengan sedikit climax, boring, sound tak membantu utk terus kita terpaku. Tipikal dokumentari tapi dengan sedikit perencah politik.

Tapi infonya agak menarik dan aku tetap tgk sampai habis sbb ader point2 yang di hujahkan menarik perhatian aku dan memang aku dari kecik terpengaruh dengan teori2 kehancuran dunia atau dengan kata lain Kiamat. For example, dulu every morning row call kat sekolah aku selalu perati matahari. Dan aku dapat observe dia tak terbit dari tempat yang sama (since aku berdiri kat tempat yg sama every morning) every week. Aku takut sgt sampai satu hari nanti matahari terbit dari barat.

Tu citer seblom aku belajar geografi form 3 dimana kita belajar mengenai perubahan musim dan ‘soltsis’ (betoi ke ejaan ni? ke ‘solstice’-its about kesan condong bumi pada paksi semasa mengelilingi matahari dalam setahun). Hmmm nasib baik zaman tu takde doomsday cult. Ntah2 aku dah join hehehehe…


Tapi aku rasa citer nih patut di ambil perhatian. Walaupon aku tak sokong sangat Seripah Mazlina pegi menunaikan impiannya (dan dimomokkan sebagai impian rakyat Malaysia kemudiannya) untuk pernah berada di kedua-dua kutub, tapi citer dia yg ais pecah2 tu amat menakutkan sebenarnya. Bayangkan sepanjang masa ais tuh pecah… 24/7. ….

Aku walapon menilai Al Gore sebagai potitikus yang meroyan sbb kalah election, tapi dia ader point. Apa yg dia nak bawak dlm hujah2 dia ke dalam USA administration memang baik tapi tak cukup kuat untuk dia jadik presiden. Boleh jadi DG DOE jer.

Apa pun, aku beli DVD ni sbb dia menang 2 award termasuklah best original song yang turut menyenaraikan 3 lagu AR Rahman di peringkat awal saringan Oscar. Saper2 yang tak minat sains, tak tau ikatan dubel dan kovalen, tak tau CFC tu aper jgn tengok. Boring. Tapi korang mungkin enjoy teori hanyutan benua which is aku dah buat pemerhatian masa darjah 4 (no doubt, aku minat sangat gegrafi), cerita perubahan musim mendadak dan bencana-bencana yang akan berlaku in future.

Rating: 6/10


Borat

Tajuk dia panjang sangat. Tapi sbb box office aku beli jugak DVDnya… Overall sama jer macam AUCT, mendatar jer. Cuma lawak dia selamba dan pecah perot. Tapi tu la..jarak antara dua lawak lambat sangat. Dah la ader part censored.. tak leh buat tayangan umum.

Aper pun Sacha Baron Cohen mmg klaka. Aku tak perasan pun dia dlm citer Ali G yg org kata kelakar. Aku ada download dr youtube dulu.. ingatkan Negro…

Rating: 5/07


Spanglish

Aku ingatkan tipikal komedi Adam Sandler. Ropenye komedi jugak tapi pusatnya pada org gaji dia.. aku suke starting masa pemilih2 student baca resume dan karangan kemasukan ke Princeton.. klaka. Macam harry potter plak.. hehehe

Citer dia menarik dan agak kelakar Cuma ada satu scene ranjang yang walaupon tak erotik tapi tetap memelukan utk tontonan umum. Scene tu spoil aku punya good review.

Apapun si org gaji ni, Flor lakonan Paz Vega memang cantik. Aku nampak muka dia macam Penelope Cruz yang dah berusia.

Rating: 6/10


Whisper of the heart (Mimi wo Sumaseba-1995) dan

Only Yesteray (Omohide poro poro -1991)

Dua-dua ni citer jepun dari Studio Ghibli. Kartun. Tapi bukan kartun macam pokemon ke doraemon ke, tapi kartun yang macam lakonan orang.. betul.. ko akan ditarik masuk ke alam kartun tuh dan lupa segalanya. Itu lah magicnya air tangan Hayao Miyazaki (both story) dan arahan Yoshifumi Kondo (mimi), Isao Takahata (Poro poro).


cover DVD yang aku beli..


dia (aku guna 'dia' sbb dah lupa nama aper) pergi menikmati kehidupan kampung


lepas habis tgk film ni, gambar ni buat aku rasa sayu..

Dari segi citer aku mmg suke sangat. Citer dia macam polos. Maksud aku dia cerita secara jujur dan takde selindung2. sema pengalaman kita semasa kecik diceritakan secara universal. Maksudnya tak kira la ko kanak2 kat Jepang, Kenya, Iceland, Vanuatu, atau kota bharu sekalipun, ini lah yg ko alami. Zaman kanak-kanak yang indah (walaupun kadang2 kita susah sebenarnya). Cuma, utk org melayu/islam, Ad-din dia tak sama la..

Dan as a technical person, aku perati setiap scene, aku perati bende yg diremehkan dalam kartun2 lain. For example macamana rekabentuk bangunan, jalan dan town planning nya. Road safety measure kat jalan2 dia. Guardrail, lintasan pejalan kaki, kaki lima, landscape.. semuanya tak tipu dan dibuat secara bersungguh-sungguh.

Cover DVD US version


Cover DVD yang aku beli

balak ensem yang memikat hati Shizuku, Amasawa Seiji (bak kata member aku, "hensemnya kartun nie").


Citer Miyazaki mesti ada babak Kucing. dalam ten antar lunch kat ayah dia.

Babak menolak cinta yang menarik. shizuku tolak cinta player baseball ni sbb member baik dia taste kat laki ni.


masa dah baik2 dgn Seiji, gi kedai atuk Seiji dan seiji main violin sambil dia nyanyi Country Road (John Denver) version Jepun

atuk seiji n fren masuk senyap2 wat suprise join sama lagu tuh. (picture ni mengingatkan aku pada Mukhsin)

babak akhir yang aku (dan kawan aku) menangis.. sedey ooo...

Aku masih kagum dengan kesungguhan Hayao Miyazaki bikin skrip. Kat mesia ni tak de filem yg detail. Sume ala-ala skrip filem bodoh industan yang di pendekkan jadi 2 jam. Cuma yasmin Ahmad jer kot yg detail sket, as far as Mukhsin is kensen. (aku tak tgk full sema citer dia, mukhsin jer yg banyak spoiler kat TV).

Alangkah indahnya kalo ader lagi penulis skrip dan pembikin filem yang membina dan mempromokan negara indah ini sewajarnya dimata dunia. Contohnya budak2 kampung macam I yg main guli, main kejar2 everyday balik sekolah, tangkap ikan laga, curi buah jambu rumah org, tak lupe main tiang 4 kat sekolah dan zero point ngan budak pompuan hehehe… jalan kampong dulu selain jalan tanah merah ader jalan blok2 batu yang keta tak leh masuk esp di kawasan sawah, kg takde air paip, mandi kat perigi, kat sekolah makan satu bende yg kat tempat aku panggil ‘SAGON’, something macam tepung, kalo makan then cakap akan menyembur.. hehehe. Ader ker filem pasca P. Ramlee (sebelom mukhsin) yg buat sema ni? Alangkah indahnya…

Synopsis yang akan spoilkan first timer boleh di access di sini:

http://www.nausicaa.net/miyazaki/mimi/synopsis/

http://www.nausicaa.net/miyazaki/opp/

tapi kalo nak menikmati filem ni JANGAN click dulu!!!

Rating: 9/10

Turistas

Hmm.. aku jarang nak beli filem gred B ni. Takut fact dia bodo dan penceritaan yang ala kadar. Tapi aku ader terbaca blog tontonfilem, dia memuji melambung sgt. So aku gamble jer la beli DVD. So, ni komen aku.

Memang ngeri. Babak yang macam real.

Cemas. Esp masa dalam gua bawah tasik yg gelap dan tiada ruang udara.

Tapi yg bodohnya, nape la usung beg masuk utan sema sbb nak cari tempat minum best di satu negeri asing.kalo aku tak sanggup. Baik aku cari tempat lepak yg cantik, tunguu jer 10 jam tu..dah la view cantik kat tempat bas jatuh gaung tuh. (nape pihak berkuasa jauh?yes brazil besar)

Rating: 6/10

Jangan Pandang Belakang

Hehehe.. cerita melayu… ni la cerita melayu yang aku tengok kat wayang. Apa yang aku rasa akan menjadi kekecewaan melampau akhirnya menjadi satu ketakutan melampau (dalam konteks aku yang agak penakut mase kecik2).

Semuanya gara2 hosmet aku wat phone booking. Pastuh dia ajak. Aku citer melayu memang bukan faveret (dalam koteks ‘lebih nilai untuk wang anda’). Kena plak citer David Teo, aku masih lagi Trauma dengan filem2 Razak Mohideen. Kebodohan yang menakutkan (dalam konteks dia seorang Prof. MADYA). Dan masih terbayang2 filem Dendam Berahi yang membuat aku hamper muntah. Kena plak heronya eeee… Pierre Andre (nak sangat aku Tanya mak dia mana dia dapat ilham nak letak nama ni-mebi masa kecik dia putih gebu mcm omputeh kot, besar je.. ahaks!) mantap ke lakonan dia? Dia belakon besanya kurang skrip. Sbb bila dia cakap Diction tak jelas sgt (ni aku quote ayat faveret Syafinaz Selamat).

Adakah aku akan kesal malam itu? 7 ringgit rabu malam, Mid Valley, so I give it a try… pegi la aku dengan muka poyo dan bermalas-malasan. Dah masuk wayang dapat seat yang langsung tak menarik, 3 dari depan tepi skali. Aduh… Adakah malam itu bakal menjadi mimpi aku paling ngeri sepanjang aku tengok wayang.

Review:

Mula-mula macam boring walapon dengan camera shot yang agak menarik dan menyorok belakang pokok, dinding, tiang dan sebagainya. Lepas tu jalan citer yang dah boleh di agak. Hmm…

Sampai la lepas part Darma balik Rumah yg on d way nampak mata org eksiden terkeluar.. start la adengan takut. Takut pertama aku, lepas hantu yang cakap “AKU KAT BELAKANG KO” then dia toleh ader hantu rebonding tu datang… hayyoohhhh takut sangat. Thanks to background score… meremang bulu-bulu aku.

And lepas tuh walau pon ader beberapa kebodohan aku hampun kan jer sbb ader nilai ketakutan yang amat.. antara kebodohannya:

i. hantu yang kejar kat trafik light tu macam berenang. Rasanya dia tak perlu nak kuakkan tangan. Hantu beb!

ii. Masa dalam keta lepas keta dia rosak, hantu tu tepengaruh dengan iklan rejoice yg gunakan tangan aja boleh!!..

iii. Perlu darma sedeh overacting lebeh2 dari famili tunang dia…

iv. Kateeja tan perlu nak buat mata jegil + jeling2 masa darma Tanya soklan kat gerai. Nak menang supporting actress lag la tu… hehehehe

v. Masa hantu ketuk pintu kali kedua yg pompuan tu nak bukak tapi darma haling, sebenarnya pencegah maksiat yang datang sbb tu darma tak kasi bukak. Hehehehehehe!!!

Rating: utk takut 9/10. overall 6/10

Flags of our fathers

Aku tak tau aper propaganda dia as far as the director is kensen. Tapi penerbit film ni si yahudi itu pasti ader sesuatu. Mebi aku terlalu bodoh utk paham. Cerita yang terus mengingatkan aku pada ‘Penyelamatan Prebet Ryan’ pada adegan perangnya.

Secara keseluruhan, cerita yg diadaptasi dari novel ni mudah jer cerita pasal orang pacak2 bendera jer… itu pon Iwo Jima jer. Kalo dia pajak kat Fujiyama baru la rock… apa yg aku dapat belajar, yup amerika berperang pakai duit rakyat (Malaysia beli alatan perang mahal2 pakai duit rakyat hehehe). Terpaksa la guna mamat 3 org yg pacak bendera tuh utk promote org beli bon utk g perang.

Aku tak paham sangat sejarah perang sbb aku rasa apa yg belajar kat sekolah macam edited version. Tapi aku meluat bila dia perang tuh kononnya utk tegakkan keadilan. Masa bila la dia betoi sangat sampai nak betulkan orang lain.

Tapi aku lebeh melihat US sebenarnya nak berada di seluruh pelosok dunia untuk memudahkan agenda perisikan antarabangsa. Senang nak g serang sesape. Pastu nak kene mendahului Soviet, which is aku rasa sama jer dua2 tuh soviet zalim terang2, dia zalim sikit2 tapi zalim jugak. Ptuuihh!!!

Aku tak tengok film ni dari segi sokong peperangan US. Aku lebeh pada isu yang timbul dikalangan askar, org peribumi amerika, dan nasib golongan yg dikatakan HERO. Sama jer hero Iwo Jima dgn Hero Bukit Kepong aku rasa… nasib tak terbela.

Tapi citer ni sebak gak la bab member mati (dalam kebodohan)… dan nasib baik citer ni bersih gak la. Besanya filem pasal askar2 ni kotor sket. Part ending tu jer aku takut censored. Walaupon citer dia slow, aku maintain tak tido sbb aku suke citer2 period nih. Suke tgk cara, gaya dan budaya orang di zaman yang aku tak pernah hirup udaranya..

Rating:8/10


gambar ni tak de kaitan, aku masih ternanti-nanti filem about Mustapa Kamal Attaturk

0 Comments:

Post a Comment

<< Home