Tuesday, July 24, 2007

KALBU

performing arts adalah satu benda yg aku kurang minat (maksud aku yg live atas pentas, Muvee and tevee aku suka), so bila member aku mesej ajak pegi tengok KALBU kat Philharmonic Petronas, aku berbelah bagi. tak ikot karang derang kata aku selfish plak so aku pon kata YES dalam arti kata aku tak penah masuk DFP.

so jumaat lepas aku berpusu-pusu la ke KLCC yg dah agak lama tak aku kunjungi. da la aku tak suke event yg ader dress code. aku selesa pakai sandal and tshirt jer. so untuk mengelakkan aku di halau spt hanjeng, aku pakai la blazer kat luar.

show bermula dengan nyanyian dan geraktari dlm Kalbu. penyanyi Yantzen aku label sbg Good jer not more than that. gerak tari pasal seorang sufi i guess yg di goda fonfuens sundel. ala2 citer abid yg di goda geeto. hatinya di gambarkan degan kain putih dan perasaannya oleh manusia berpakaian setan merah dan manusia berpakaian putih bersih.

then diselang seli dengan singging dan dancing dan drama muzikal yang pada aku ok. tak la perlu bertepuk-tepuk. the only perdormance yg aku kasi big applause masa muzik cak lempong. they deserve the credits. sedap, tarian best dan yg penting its a good kontemporari caklempong.

tadi aku baca paper pasal seorang pemerhati yg memuji Kalbu. dia der kata show ni memartabatkan bahasa melayu sbb tak selang seli dengan english. aku setuju dan tidak.

sebabnya, mase show tuh ramai jugak orang putih dan aku rasa ader sikit jer kot yg datng melancong. yg lain macam expats. walaupon jumlah nya kecil, aku rasa derang memang tak paham bahasa melayu. kesian. aku baca kt intenet dia kata Kalbu ni ala2 persembahan muzik gamelan dan caklempong, mebi derang baca review yg sama. tapi bila datang banyak plak cakap2, nyayi lagu. so aku rasa kesian derang tak paham dan kesian pada penganjur kalo dia berniat mendedahkan audiens dengan budaya melayu sebab aku rasa budaya melayu takkan dipahami dan di pertahan kan oleh seekor berok. berok cuma boleh terkinja-kinja dan melompat-lompat mengikut gerak tari tapi dia tak paham apa pun. bila org asing yg tak paham bahasa melayu tengok sama jer macam ko cakap pada berok ini dan itu, tapi apa pun tadak. hanya muzik universal, bahasa tidak.

walapon habis agak lewat tapi aku rasa sound sistem sedap. alangkah indahnya dewan tuh kalo derang panggil AR RAHMAN buat show. tiket RM100 pun aku sanggup beli!!!

Thursday, July 19, 2007

Bombay Theme

semalam maser dok browse tv, tertengok TV9 drama melayu. drama lama TV3 yang diulang tayang, citer pendekar, Semutar Hitam. masa aku bukak tuh tengah babak budak tidur sebelah unggun api dengan muka sedih. Surprisingly the background music used is one of my favourite pieces, Bombay Theme. taken from Bombay (Hindi,Tamil, Telugu), a film directed by Mani Ratnam and music by Maestro AR Rahman.

the drama was first telecast in mid/late 90s and Bombay was released in 1995. i remember watching the drama but during my dark ages, internet was smthg aliens to me. i dont even know AR Rahman, and any hindi film (of cos Tamil isn't a muvee of interest!). and luckily TV9 repeat the drama after 10 years and get to know that AR Rahman music (Bombay Theme to be more specific) not just being used in Lord Of War(Nicolas Cage), Volvic ads (featuring Zidane)-to name a few, but also in Malaysia. I wonder who introduce the the ARR music to them since all the crew was malay and chinese. and is it legally used or a copy paste action.. but its not fully used. only the flute pieces.

what eva it is, the music lighten up my dull thursday night...

Sunday, July 15, 2007

HARRY POTTER AND THE ORDER OF PHOENIX



AKHIRNYA................

selepas kegersangan hampir 2 tahun, rinduku terubat jua. penat tau tunggu dengan cikki berair.. hehehehe...

Sabtu 14 July 2007,
9.45 pagi
aku drive masuk ke Parking Bukit Raja.Kosong. sema pintu masuk tutup. alamak, aku awal sangat ker?

9.55pagi

tup tap tup tap tup tap. ader amoi jalan kaki

aku: u keje sini ker?
amoi: a'a.
aku: macamana nak masuk ni?tutup lagi ker?
amoi: lagi 5 minit lo...
aku: u masuk mana?
amoi: sini ader pintu.

aku ikut la amoi tu jalan shortcut yang kotor dan busuk!

amoi: u mau pegi wayang ikut sana..
aku:OK TQ

tup tap tup tap tup tap.. aku plak jalan sensorang. JJ sunyi sepi lagi. akak cleaner jer ader.
sampai kat wayang ader uncle chinese ngan anak dia baru sampai jugak. pintu (ala, yang tarik kebawah tuh..) baru bukak sekerat. uncle tuh tengok aku datang terus dia tny key leeng dalam tuh kol bape bukak? takut aku potong Q la tuh.

mamat tuh jawab 10.15

10.14

Tap tap tup tup TAP TAP GEDEBUB GEDEBAB GANG BANG BONG BING DAM DAM DAM

alamak, aper tuh Stampede ker?takkan Jumanji sesat kat mesia lak...

tengok2 segerombolan anak2, makcik2, kakak2, pakcik2, abang2 berlari lari dan almost merempuh aku and uncle tadik. siot jer. aku buat2 kewat macam tengah Q dengan harapan yg lain pun akan behave madadi sket. tak de mak ne nye. sema tolak2. MACAM SIAL.

10.15 pagi
grill di bukak (tapi slow). budak2 sema nyusup kot bawah and potong aku. sedeh tau jadik orang gemuk. payah nak tunduk cepat2. akhirnya aku berbaris no 10++. benci sangat.

bila dah sampai turn aku dah tawar hati nak tengok show 11.20. tinggal 3 dari depan. so aku beli kol 12.30. wayang paling besar. 6 dari depan, tepi. tu jer yg ader. tak pe lah. so aku balik dulu.. lambat lagi la. lg 2 jam.

12.30
aku masuk dengan berkobar2 cuba mengenjoykan diri dengan sudut sedikit mengereng, dan anak2 sedare yg terbjaga dari tido sbb sound bapak punya kuat. dan perhatian aku sedikit terganggu sebab nak kontrol derang. aku sure orang depan dengan belakang aku maki hamun kami satu famili. mebi ader yg cuba stupify kan anak sedare aku. tapi anak2 sedare aku dah lama diajar expelliarmus...sejak dari buaian lagi. dah kuar dari wayang si abang yg dah masuk 3 tahun tuh dapat curse baru sambil menghayun wand "fuyoo magic"...

MY REVIEW

review biasa bagi harry potter: buku lagi best. filem banyak yg yg potong.
aku sokong tapi pada aku lebeh kurang jer. dengan syarat nak kene pandai la mix isi filem dan buku (pada yang dah baca). tapi pada yang tak baca buku aku faham, memang boring. terlalu banyak yang cuba di suap tanpa sempat kunyah yang dah ader dalam molot. mebi itu perasaan remo. sbb Goblet arituh senang jugak untuk dipahami. mebi Michael Goldenberg belum matang nak buat adaptasi yang panjang kepada 2 jam lebeh. Steve Kloves ok dah aku rasa.

aku tetap enjoy walapon segalabagai bayangan aku kurang tepat. rumah No.12 Grimmauld Palace tuh hampir seperti di bayangkan, kain dewangga langsung tak sama. Gwarp tak sama langsung. yang penting Umbridge langsung tak seperti yang aku impikan.. muka hodoh macam katak.

David Yates aku rasa ok jer tapi lagi ok kalo dia ditukar dengan orang lain. macamana la kalo Mira Nair yang arah? mesti Padma ngan Parvati Patil dapat scene lagi banyak.

Music aku rasa superb. Lakonan bebudak tuh aku rasa seronok dan masih seperti dulu. harmionie tetap over-acting/over-reacting.

Pasal Dumbledore Army tuh agak menarik cuma watak dia tak dia kenalkan dengan baik. aku tak sempat cam mana satu Zacharias Smith. dan aku tak sure, tapi rasanya bukan Cho yang bocorkan DA tuh... dan

adegan perang kat kementerian tuh macam pendek dan tak best sangat. part tu sepatutnya jadik panjang. terharu tau masa baca buku pasal kawan2 harry yang bersemangat lawan death eater yg lebeh tua dan kuat.

Patung2 kat kementerian bukan sepatutnya idup dan perang jugak ke?aku punya la ngat semuanya akan idup...

apepun aku akan tengok semula dengan kawan2 lain untuk memuaskan nafsu aku. supaya lebeh paham.