Tuesday, October 17, 2006

Konspirasi filem atau artis/karyawan bodoh?

Aku antara org yg obsess ngan filem. I admit it even aku tau filem yg aku tgk tu tak lebih dari propaganda atau pon kospirasi peringkat tertinggi. Aku suke tgk cara org buat filem and teach smthg to the audiens. Sebagai sebuah Negara muslim, aku terima la hakikat keterbatasan hidangan di layar. tapi idea tak semestinya terbatas malah kekangan (well.. aku lebih suke guna word peraturan dlm islam) tu akan jadikan karyawan lebih kreatif. Kalao iran bulih meminimakan benda yg terlarang, why cant we do the same thing? I like to refer to one of my locals faveret, Embun. Dia tak yah nak buat babak rogol sampai cenggitu. Kalao rogol tu di gantikan dgn laga2 bunga ker (contoh je ye, ni pon bodoh gak) sekurang-kurang nya cukup la dosa bukak tudung je. Tak de dosa sentuh bukan muhrim atau dedah the crack.

Most of the story yg aku perasan sekarang ni lawak2 slapstik bodo 1jam 59 minit.1minit ja lawak yang bermakna. Kadang2 tu sampai penat nak tgk. Yg peliknyer boxoffice jugak tuh..

Ni aku nak kutuk sikit si prof madya kita (geli aku bla pelakon dia bahasakan dia prof.geli la. Title tuh laku kat U dia sj. Kt luar dah tak laku.) mengajar anak bangsa buat filem,(tatau la plak kalo dia ngajar wat filem tak berkualiti dan biadab.biadab ni aku refer ayat lecturer UM dlm fenomena seni yg aku rasa mantap hujah dia pasal artis even dia pon vogue jugak, kemeja pink gitu) tapi filem dia sema takde kualiti. Takyah ngukur karya agung obersea.. ngan filem Jins samsudin pun, takat buku lali jek layaknyer.. jgn la kata filem berat takde penonton. Kalo cenggitu nape bukit kepong n ali setan win in both critics and commercials? Jangan la guna alas an teknologi kurang. Kalo korang tengok citer C.R.A.Z.Y, filem Canada, citer dia simple. Tapi isu tuh di kupas dengan penuh kreatif. Satu2nya yg lack kat mesia ni. Kreatif jugak la yg jdkan filem ni BoxOffice. Dia guna kan music utk org suka. Aku dah jadik gila ngan lagu2 dier. Crazy - patsy Cline, Emmenez moi dan Hier Encore by Charles Aznavour. Semanya lagu lama. Aku pun dah semangat nak tau pasal bahsa French. Lirik lagu di attach di bawah.

Kat mesia ni bole di simpulkan tak de langsung idea kreatif dan berkualiti. Aziz dulu aku suka. Tapi semenjak dia buat drama yg ala-ala hamba yahudi, aku jadi tak minat. Dok jojolkan pelakon dia jer. Tatau la saham amanah dia dah brapa banyak. Sampai aku bulih pikir ada org asing yg fund dia selama ni utk pesongkan majority kat mesia ni.and XXRay not his idea pon. Aku piker jahat. Sama macam CD mahathir yg hosmet aku tgk, Suspicious mind….

Aku suker ngan karya pengarah baru yg siti jarum minguan mesia agung-agungkan. Yup, secara teknikal dan idea memang aku suke few of them tapi most of them non muslim n islam moderate (aku lebih suka guna term terpesong). Tgk la citer2 dia sema pro Marina Mahathir (Selak la The star utk gelakkan kejahilan dia pasal agama islam-kadang2 aku seronok baca artikel dia sb aku rasa aku bukan paling jahil dlm bab2 agama, ada yg lagi F8 hehehehe… suspicious mind kata bapaknya.. ) dan sisters in islam*. Semanya pasal meliberalkan islam. Kose la SIS nih. Dia tanak pulak selamatkan akidah Lina Joy kalo dah lantang sangat nak ‘membantu sesama muslim’.

Aku suke Yasmin for her commercials kat tv. Lantak la org nak kata dia ni operate jantina ker aper ker yg penting keje tip top. Tapi sayang walau pun filem dia mula dengan bismillah (ni aku rasa jer.. ingat2 lupe la pasal tgk pirate tak syok. Kalo aku silap betolkan nanti dapat dosa kering jer), isi dia tetap sundal.. aku geli dgn harith pakai spender. Err.. kalo hans issac atau ashraf sinclair skali pon aku tetap tak sokong. Naper perlu cari bende romantik cenggitu? Adakah kita hanya romantik bila tak pakai baju? Banyak cara lagi nak tunjukkan kemesraan between spouse in film. Be creative. Kuch kuch hota hai takde palk adengan romantik lahanat cenggitu tapi aku tetap ingat kat mana nak nangis, warna warni filem tuh and the music. Not just the song but the backgroung music.

Aku rasa sema pengarah2 ni macam ader satu kuasa besar kat belakang derang. Bukan menuduh tapi suspicious mind kata bapak marina mahathir dlm ceramah dia pasal paklah. Bukan di mesia jer.. bender nih global.

Pasal kat india (considered indian even menetap kat canada) ader sorang yg buat filem mencabar adat dan agama hindu, Deepa mehta dengan trilogy Fire (1996), 1947: Earth (1998), and terbaru Water (2006). Aku tak tgk lagi filem2 ni tapi berdasarkan forum yg aku join kat intenet cenggitu la lebey kureng gitu le citernyer. Satu bende jer yg aku suke dgn filem2 dia nih. Lagu.

Lagu sema aku tau hehehehe… aku suke la AR Rahman. Suke sesangat.(even kadang2 aku rasa dia pon part of konspirasi tuh ). Karan johar pon semakin liberalkan hindu. esp Kabhi Alvida Naa Kehna (2006). Mani Ratnam pon same jugak. Tapi aku suker sgt filem dia. Esp Kannathil Mutthamittal(2001). Citer pasal tamil Eelam kat Sri Lanka. Aku dok cari citer Roja(1992). Teringin sangat nak tengok. Kalo yg macam Rang De Basanti (2006) takpe. Dia menimbulkan balik semangat nasionalisme selepas setengah dekad merdeka. Obatnya RDB (india) ngan Water (canada) terpilih untuk di saring dlm category best Foreign Film kat Academy Awards tahun depan. Yg best nyer both film music dia by AR Rahman. Suker la.....

Kat Indon takyah citer la. Terang-terang dia mmg sekular. Esp yg related to melly goeslow. Indon ni memang pelik sikit. Aku tak paham. Saper yg berkuasa? Islam atau minoriti kristian? (baru ku tau gUs Dur itu liberal jugak) Disebabkan dia negara isla paling besar aku rasa kat sini la para mubaligh dan konspirator berkumpul. Maklum la pasaran besar. Sama la macam China. Apa masalah ekonomi kominis? Maju jer china. In fact practice oleh Cuba mmg aku suke esp bidang perubatan. Terkini dan affodable oleh sume rakyat. Ni sema nak ambik untung sana sini. China apasal ramai, pasaran luas tu jer aku rasa. India kalao dia buat cam china aku rasa tak de la ramai yg melarat sangat. Senang nak kawal rakyat yg bilion nih.

Berbalik pada citer filem, konklusinya pembikin filem kat mesia tak de pendirian dan falsapahnya. Remp-it geli sangat.

kehidupan sebenar seorang mat rempit “ konon. Padahal “ mari la tengok pompuan berkemban, lelaki mandi pakai boxer jojol segala, babak ranjang yang harus Harussani kata HARAM, dan aksi rempit yang perlu di tiru lepas kuar dari panggung”.

Masalahnya boxoffice tuh. Nampak sangat mesia dah rosak akhlak. Tak payah la bincang pasal nak buat jambatan bengkok lama2. kalao dah tak buat tu guna la duit tuh untuk educate manusia lahanat kat mesia nih. Hantar g umrah ker.. biar insap sket. Kalo tak caya try la g tgk org akad nikah... kat situ dah leh detect. Aku g tgk sedara aku nih nikah. Laki dia keje kilang. lepas kadi khutbah dia tanya “main ekor tak?” Sentap mamat tuh. Nampak sangat.”tak” dia kata. Kadi ingatkan kalao main (aku rasa kadi pon tau dia cover je) hentikan terus pasal haram dan duit tuh nak buat makan anak bini, jadi darah daging. Pas tuh kadi ni saje je tanya “semayang tak?” sekali lagi sentap yang amat sangat. “semayang” katanya. Kadi cam tau jer. Dia kata “kena semayang, kalo tak camna nak memimpin anak bini”

Agaknya yg kat atas dok pikir duit banyak sangat. Habis yang kat bawah tak terurus. Memang soal agama masing2 tapi kalo dah siti situ sana sini ada kedai nombor, kedai arak, kelab lahanat, rancangan tv (tv3 semakin liberal islamnya) yang teruk2, hmm macam ni la jadiknya. Yang baik pon bulih jadik buruk.

Kesimpulan sekali lagi, aku tatau pembikin filem mesia ni kreatif? Konspirasi? bodo? Jahil? Atau apa...

Untuk filem yg bodo tapi laku , aku tatu samada audiens bodo? Gila seks? Atau salah masuk panggung.. hehehehe...


Panjang la plak kali nih. Ok la dulu. Sambung nanti ek. Bulan posa nih....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home